(¯`·._©~F&Z Digital Eyes~®_.·´¯)

By: FAZIZAID

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]
Monday, 8-Oct-2007 00:00 Email | Share | | Bookmark
... keguguran

October
Seven
Two Zero Zero Seven
View all 18 photos...
.. eh.. bukan rambut atau baby yang keguguran, tapi makin banyak daun2 yang kat pokok depan rumah yang jatuh sebab ditiup angin. Dah musim luruhlah katakan. Still waiting for the red leaves to appear. 2 tahun lepas musim gugur memang cantik. Last year pun ok gak. Hopefully this year will be much better. So sebelum lupa sebab tengah seronok buat semekut Raya, pagi tadi gilah bercanda dengan hubby keliling kawasan rumah sambil ambil gambar daun2

.. hari minggu. Biasalah, bila anak sulong balik, mesti masak untuk berbuka yang istimewa sedikit. Kali ni masak nasi kerabu. Fidie pun ada call cakap nak datang berbuka. Jeles tengok mak cik tu... slim melim... . Sebab kesian tengok dia tak cukup lemak, hidangkan dia dengan biskut2 Raya lepas jamu dengan nasi kerabu . Seronok bila tengok anak no 2 makan nasi tambah sampai 4 pinggan Samada sedap sangat nasi tu atau dia teramat lapar




OK... biskut mama carries sedang memanggil minta diuli


Sunday, 7-Oct-2007 00:00 Email | Share | | Bookmark
Penat.....

patties untuk pilsburry steak
onion & mushroom
put into creamer
View all 15 photos...
Beriya-iya buat biskut Raya, dah rasa sengal2 dan penat seluruh anggota badan. Tidor pun tak cukup. Kadang2 boleh terlelap sambil tunggu biskut hangus (eh.. masak) dalam oven .

Jum dah boleh balik rumah. Hopefully mak cik tu duduk diam lah kat rumah, jangan bergerak kesana kesini . Tahu ajalah, bila muda2 ni rasa bosan kena confined kat atas katil. . Ingat Jum... nak apa2... jerit aja suruh Kay Ree ambik itu dan ini

Oh Ya.. I managed to bake a few biscuit Raya. Resepi biasalah, kalau bukan dari Baya, I korek2 kitab2 lama (yang masih guna kati dan tahil tu). Ada dahlia, ada quacker oats, ada itu dan ini. Minggu depan niatnya nak habiskan 3 lagi jenis biskut. Lepas tu nak gi shopping Raya . Sini tak payah berebut dengan minah2 saleh sebab derang tak sambut Raya , so anytime boleh gi shopping.




Friday, 5-Oct-2007 00:00 Email | Share | | Bookmark
Oh Boy... It's a BOY !!

 
 
 
Guess what? Today I didn't bake anything (yet) !!
Guess why? Got the news that our "little sister" Jum has safely delivered her baby boy, Jacob !!
Once Aizad got home from his school, we dashed to the hospital to pay a visit.
Alahai... comelnya... sepatutnya Jacob lahir lepas Raya (bulan 11 nanti).
Tapi rasanya dia nak celebrate Raya kat "luar", bukan kat "dalam"
Tahniah to Jum & Kay Ree.....



More photos HERE

OK.. nak gi terap biskut Dahlia nih....


Wednesday, 3-Oct-2007 18:46 Email | Share | | Bookmark
kuih raya, biskut raya... lelong-lelong

Atlanta dilaporkan kekurangan telur
untuk buat bahulu
acuan untuk semekut Raya
View all 21 photos...
Alhamdulillah... at last I managed to get rid of the M virus. I managed to make kuih bahulu (resipi dari Roy's Mom), Tat Nenas (Shidah) and another Tat Nenas (Baya). Yg bestnya, sebab I "dah boleh Raya" dah sekarang ni, siap aja kuih-muih tu, terus masuk mulut . Bukan apa, nak cuba test try, manalah tahu kot2 kurang gula ker.. kurang kari ker (eh.. masak biskut raya pun taruk kari?)

Hari tu, masa gi Kroger, jumpa acuan untuk buat jello. Fikir2, boleh guna untuk buat acuan bahulu nih. Bila try, OKlah.. nampaklah bentuk grape ker, kereta BMW ker... apa2 pun, yg penting, rasanya sedap... Terima kasih pada tuan punya resepi.

Tahun ni rasanya, tak sambut besar2an kot Raya. Ye lah.. sahabat karib semua dah pindah-randah. Baya ke North Central US, Roy ke North East US, Shah pulak nak beraya dengan Roy, Hani nak ke South Central, Nonie dah lama balik Malaysia... semua dah/nak lari . Yang ada pun cuma AmFidie & Jum-Kay Ree serta warga2 Indon. Dengar khabar warga2 Indon ni nak buat majlis Hari Raya nanti. Bolehlah gi kot kalau rasa nak beramas mesra dengan warga2 Indon tu. $7.00 satu kepala. I yang ada 6 anak beranak ni, kenalah keluarkan $42.00.




Tuesday, 2-Oct-2007 00:00 Email | Share | | Bookmark
Ramadhan 19, 1428

tengoklah bekas muffin ku yg dah berkarat
hmm dah masak
hidangan berbuka 1
View all 6 photos...
Tak boleh jadi ni bila tengok orang dah start buat kuih Raya
Nak2 bila Baya hantar sample biskut Raya dia yang amat sedap tuh
Roy pun khabarnya dah rajin menggentel dan menguli.
So... I buat yg paling senang dulu. Start dengan apa yg ada kat pantry.
Hmm ada applesauce, googled for some cookie recipe that will use applesauce.
Found it and here are some pics. For buka, I made some muffin & "mee kari"





[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net