Want your
own Fotopage?







 
(¯`·._©~F&Z Digital Eyes~®_.·´¯)

By: FAZIZAID

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 9-Jan-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kembara IX - University of Wisconsin

tunjuk apa tu?
elok-elok aina... kang jatuh
jom gi sini pulak
View all 30 photos...
Lepas melawat capitol building, kami jenguk2 kawasan University of Wisconsin. Sebab masa tu cuti, tak ramai penghuni university yanng kami temui. Kawasan yang selalunya sesak dengan manusia pun sunyi sepi jer. Tapi sukalah kawasan ni sebab dekat sangat dengan Tasik Besar tu. Bangunan dia pun cantik macam castle gituh



Pacifica D&B leads kami round2 nak cari tempat parking. Pusing punya pusing, kami pun ambiklah satu jalan ni. Zaid dah terperasan yang Deen masuk jalan haram (i.e. jalan untuk laluan bas sahaja). Tapi sebab kami ni tak moh sesat, so ikut ajalah bekalakng pacifica Deen tu. Lepas tu Zaid nampak ada itu keter polis sudah follow dari belakang. Dalam hati dia dok berdoa agar polis tu nampaklah plet Georgia tu so tak kena saman. Bila kami pusing kanan, keter polis tu pusing kiri. Ahhh lega.



Tapi lepas tu jumpa lagi keter polis tu dok ikut van kami. Gamaknya polis ni ada itu syak wasangka kot... dia potong van kami, dah dok sebelah van Baya... dahlah masa tu Baya tak pakai seat belt... huh kelamkabut jugaklah mak cik tu. So main lambai2 dengan polis tu, lepas jugak. So kami decided masuk ajalah parking lot mana2. Bayar pun bayar lah. Nasib baik hari cuti, so parking free (tapi tak sure, kami masukkan jugak syiling 25 sen 3 keping untuk 45 minit). Lepas park keter elok2, kami pun merondalah kawasan U dengan kami.



Dalam ronda2 ni jumpalah mat saleh ni. Professor agaknya sebab nampak berumur sikit dan berjambang. Dok tanya kami dari mana semua (terus Zaid teringat kes Padri hari tu). Jawab dari Malaysia terus dia kata... oooh so you're muslim and you speak Arabic... pulak dah. So sahlah bukan professor kot. Zaid jawablah yang kami ni memang muslim tapi tak cakap Arab.

Ermm.. Wed 9-Jan-2008 18:45
Posted by:yem
wahhhhhhhhhhh..best nye main salji...jeles giler Thu 10-Jan-2008 09:18
Posted by:za  - [Link]
Hahahahaha ada je stereotype Sun 13-Jan-2008 09:20
Posted by:Bimbo Baggins tangerinemetart@yahoo.com  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Tuesday, 8-Jan-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kembara VIII - Capitol Building, Madison

sebelum bertolak - snow putih + langit biru
Amin jadi model ku
Lepas tu giliran Aina pula
View all 12 photos...
Hari ni pulak kami pergi melawat bandar Madison. Tak jauh sangat dari tempat Deen & Baya (D&B), dalam 1.5 jam jer. Tempat yang kami tuju ialah the Capitol Building. Tak masok dalam pun, cuma keliling bangunan tu sambil ambik gambar.




As you can see, snow tak turun2 lagi. Yang ada cuma saki baki yang hari tu aja.
Walaupun langit cerah terang benderang, tapi suhu teramatlah sejuk. Nak2 bila angin bertiup sepoi2 bahasa.





I am amazed dengan the kids. Pantang nampak snow, mesti nak snow fight.
Tapi dah pesan dah kat bebudak tu, jangan tuju muka atau kepala, sebab ais dia keras sikit. Kang tak pasal2 masuk mata atau telinga.





Kiranya puas hatilah sebab banyak juga gambar yang kami ambik, especially ada snow dan langit pulak biru. Untuk tempat ni saja kami ambik 275 keping gambar. Cantik betul pemandangan. Tapi tak adalah nak upload semua gambar2. Kalau upload pun kami letak kat SINI

waduh2..... sis!
i jeles sebab.................... i dok berangan jek nak shoot lighting yg cantik time2 winter nih.... bila le berpeluang agak nye ek!
i suuuukkkkkkkaaa sgt gmbr u berdua yg de back lighting tuh.. sangat cantik!
Tue 8-Jan-2008 19:10
Posted by:Siti Ruzaimah  - [Link]
Cantikla sis gambar-gambar yang you snap ni.
Selamat menyambut Ma'al Hijrah to you and your family.
Tue 8-Jan-2008 20:06
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
wah teringat ambik gambar baring baring kat depan ni, tapi belah kiri sana sikit. Sat 12-Jan-2008 03:07
Posted by:d/u/s/y/u/m  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Monday, 7-Jan-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kembara VII - Nasi Lemak & Kangkung Belacan

breakfast
lauk nasi lemak
clams
View all 13 photos...
Hari ni Baya menjamu kita orang dengan nasi lemak dan kangkung masak belacan. Lauk tambahan pulak ialah ikan kembung bakar. Rasa macam balik Malaysia pula, nak2 bila makan ramai2 macam ni. Sepinggan dua tak cukup. Lepas makan masing2 tersandar kekenyangan



akak.. ur beautiful.. Tue 8-Jan-2008 09:30
Posted by:zety
akak...ni macam duduk ngadap menu2 kat kg ja.....org di malaysia pulak tak tahan godaan! Wed 9-Jan-2008 05:22
Posted by: chendana ayu_cendana@yahoo.com  - [Link]
tu dia aiihh penuh satu meja haa hidang harus tak nampak jalan pehtu Fri 11-Jan-2008 03:28
Posted by:kuchai  - [Link]
View all 21 comments Add comment


Sunday, 6-Jan-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kembara VI - Milwaukee

Miller Park
Keter Baya kat depan
Miller Park
View all 25 photos...
Malamnya pulak, derang ajak we all gi round bandar Milwaukee.
Dapatlah tengok rupa tasik besar Lake Michigan tu. Tasik tu beku you!!
Tapi tak adalah kami nak gi meniti atas kepingan ais tu pulak, kang buat terjatuh, kejung pulak kan Tengoklah jugak Miller Park, stadium tempat team baseball Milwaukee Brewers main tu.

Lepas tu kami pergi kat satu parking lot yang kosong ni sebab nak tengok skyline bandar Milwaukee. Ada ais yang cair siangnya, bila malam jadi beku balik. So licin, bolehlah bebudak2 ni main ala2 ice skating.
Lepas tu kami balik rumah tengok citer Orang Minyak....



Owh senja yg indah. Orang Minyak P.Ramleekah? Mon 7-Jan-2008 12:23
Posted by:Bimbo Baggins tangerinemetart@yahoo.com  - [Link]
alaaa... mekasih ler k.fazi share milwaukee nye photos kat sini. Wendu tempat blaja tu.. seploh tawun lepaih.. he he.. tak gi Marquette Univ eh?..dulu..ini mcm nye sejuk..i dok lam kedai tunggu bas dtg.. he he Wed 9-Jan-2008 07:30
Posted by:aja mayapersada@gmail.com
OMG....tgk ini gambar milawukee, membuak2 rindu di dada... saya dulu study kat marquette 96-98... mmg sejuk gilos kat sini tapi best!!

Actually dari dulu kini dan selamanya selalu duk ziarah fp kak fazi.. suka! Cuma tak pernah tinggal comments jer...
Fri 14-Mar-2008 10:40
Posted by:Nim faznim@oum.edu.my  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Saturday, 5-Jan-2008 00:01 Email | Share | | Bookmark
Kembara V - 2nd Time Sledding

arrived at the park
 
 
View all 42 photos...
Oleh kerana tempat yang kami pergi tu tak berapa best untuk sled (licin giler), next kami pergi kat tempat yang satu lagi (Minooka Park). Tak lah jauh sangat dari tempat yang memula tu, tapi tak leh lah jalan. Kang kematu jari2 kaki kan sebab sejuk.

Oh ya, air windshield washer kami dah beku, kerana lupa nak taruk anti-freeze. Terpaksa mintak sikit dari Deen punya. Still tak boleh sebab bahagian bawah dah beku. Walaupun tak snow tapi dek kerana snow yang kat jalan raya mula melting, bila terkena percikan air dari kereta depan, kotor gak lah. Bila ada kesempatan singgah memana gas station Zaid akan lap cermin keter tu. Sekali pandang van kami dah jadi macam tepung gomak... putih semacam jer...

Baru ingat I ada sebut pasal Zaid yang lama sangat kat bilik air dengan sabunnya, ini penerangannya. Tempat yang kami berada ni jauh dari sumber air sungai, so bekalan air di perolehi dari bawah tanah. Kiranya hard waterlah. Untuk melembutkan air ni, pihak kerajaan telah mencampurkan air ni dengan bahan pelembut. Yang peliknya semua orang tak perasan yang air ni lain fesyen sikit dari Georgia. Dia sorang jer perasan. Terpaksalah Deen buat2 tanya kat kawan2 mat salehnya yang dah lama menetap kat situ kenapa air tu semacam jer. Kiranya dah lama nak tanya tapi tak tertanyalah... Kang kalau salah soalan nanti kena bambu pulak, aik dah lama dok sini baru perasan? So lepas tu Zaid pun mandilah macam biasa, tak payah lama2 dalam bilik air kira bersihlah tu bang oiii

Berbalik pada Minooka Park ni. Walaupun kurang licin, tapi tetap licin. Tapi, tempat letak keter pulak yang teramat jauh dari tempat sledding. So sekali lagi terpaksalah berjalan tanpa lenggang kangkong atas ais tu. Budak2 bila jatuh bolehlah ketawa terbahak sambil kata "awesome"lah... "cool" lah... kita ni kalau jatuh takut terus bergolek sampai bawah.. tak pasal2 jadi avalanche pulak (gelak golek2 macam icon YM) Tapi memang seronoklah tengok budak2 + Deen menggelongsor ke bawah. Kekadang derang berlanggar sesama sendiri. Ada masa tu Deen sled dengan Amir, kerana laju sangat, bila dia brek, kasut dia tercabut... I ngan Zaid yang baru jer beli jeket kulit ni, telan air liur jerlah.. nak tu nak jugak, tapi takut jeket kotor (read gayat + penakot). So buat2lah sibuk ambik gambar. Baya dok pujuk I ni suruh sled...




Hmm bilalah snow nak turun

Masih berhibur dengan lagu Dingin dendangan ZZ

Note : fotopages lately sengal semacam jer. so enjoylah gambar2 besar dulu sebelum I boleh upload gambar2 kecik tu

arrr best yer k.fazi
teringin la pulak
Sat 5-Jan-2008 14:56
Posted by:rani  - [Link]
Alahaiii bestnya tgk entry ni kat fazi. Budak2 la paling enjoy kan time ni. Am sure you had fun too.. Sat 5-Jan-2008 20:23
Posted by:Mademoiselle Ayu  - [Link]
Alamak, tertaip 'kat' plak instead of 'kak'. Sat 5-Jan-2008 20:24
Posted by:Mademoiselle Ayu  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Friday, 4-Jan-2008 00:01 Email | Share | | Bookmark
Kembara IV - First time Sledding

on the way there
dah sampai
posing2 dulu
View all 25 photos...
Next kami bercadang untuk main sled kat Valley Park. Snow yang fresh masih belum turun jugak so Deen kata, tempat tu mungkin licin (icy). Tapi kami pergi jugaklah kot2 boleh main.

Bebudak dah ready dengan all the gears nak main sled tu. Semua pakai tebal sebab masa tu memang bawah zero (celcius) degrees. Sampai saja sana, turun keter, kami yang dari Georgia ni menggeletar sejuk. Nak jalan pun susah sebab kasut kami bukan untuk jalan atas ais. Nak kena beli baru ke? Tak lah kot... kira kita2 ni jalan lahan2, pimpin tangan suami isteri macam orang yang tengah kemaruk bercintalah kaedahnya. Tapi yang tempat curam tak lah kami lewati, nanti jatuh dapat kemaluan besar , sakit totot nanti.

Oh ya sebut pasal sakit ni, si Dani dia ni sakit belakang akibat main football. Dah siap MRI bagai dah... tapi bila dapat main sled, wahhh bukan main lagi ligatnya... Bila tanya tak sakit ke, jawapan macho nya "I have to suck it up, Ma".. menjawab pandai, masa mengerang sakit, kita jugak yang susah Amin & Aina memang terrerlah main sled sebab derang dah biasa... BTW, I tak main... tunggu next timelah. Lagi pulak, lepas tu nak cuba tempat lain pulak kot2 selamat untuk menggelongsor. Mat saleh pun tak ramai yg datang. Pak itam memang tak nampak kelibat langsung



waduh .... gambar kat atas tu romantis nyer you and hubby ... gambar sempena pembuka tahun baru tu kot yea.. nice nice .... wow... best nya main sledge tu .... you guys seems like having really lots of fun there .... mama kena baling snow ngan anak2 nyer ye... Sat 5-Jan-2008 10:38
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
seronoknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee........ boleh rasa sejuk sampai sini tau.. hihi Tue 8-Jan-2008 06:47
Posted by:marcia...
ohoo ingat aksi menoggeng tuu dani sakit belakang takdi. aiyaakk time sledge tuh sonok la nak daki balik tuuu mintak ampuns harus mencungap Fri 11-Jan-2008 03:32
Posted by:kuchai  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Thursday, 3-Jan-2008 00:01 Email | Share | | Bookmark
Kembara III - Jakun Jumpa Snow !!!

Bunga bungi segar atas meja
ada orang sekodeng kami
tengok gambar malam tadi kat PC
View all 10 photos...
The next day...... it was early in the morning (kol 9 kot.. pagi ke? he he he) I heard kelentang kelentung kelentang kelentung coming from the outside. Me and Zaid slept in Aina's bedroom (penuh dengan barbies and my little ponies, you.... rasa macam tidor di temani dayang2 pulak ) while the kids shared the room with Amin and Amir. So macam kilat bangun... sebab penat sangat so terlajak perahu tak boleh gostan balik dah itu punya tidor. Lena habis

Basuh muka alar kadar, gosok gigi, terus ke dapor. Tengok Deen & Baya hubby & wifey tengah gotong royong sediakan juadah bekfast. Marah Baya sebab tak kejut dia kata, "alah Akak, tak apalah, tahu sure penat journey jauh2"



Lepas tu Zaid and the kids bangun. Semua dok tengok saki-baki snow kat tanah. Mulut ternganga terpegun macam tengok muka Erra Fazira yang lawa tengah sanding hik hik hik Tanya derang, bila nak snow balik? Ikut ramalan esok atau lusa. Ish... snow ni tak nak welcome kami ke? Tak nak lah main snow yang ala-ala mines wonderland tuh...

Lepas makan dengan lahapnya, mandi bebudak pun turunlah gi main panjat bukit2 snow dengan main baling2 snow. Nak kata kami ni jakun, katalah.... memang jakun Georgia manalah nak dapat tu semua. So kalau nak main snow, kenalah gi tempat2 yang ada snow

Anyway, masa Zaid mandi, terwonder2 why dia dalam bilik air lama............... sangat. Bila dia keluar tanyalah dia buat apa lama2 (macam wartawan al-jazeera soal-jawab dengan Zam Maidinlah gamaknya), dia pun cakaplah... pasal masa mandi sabun tak nak hilang ek? Makin di gosok di bilas, makin banyak lekat kat badan. Semua dok iya? Tak perasan pulak. Nak tahu jawapannya, kenalah tunggu entry yang akan datang



Tengah dengar lagu "Dingin" dendangan Ziana Zain... best

kitorang pon nak main snow jugakkkk!!!!
Happy New Year 2008 to your family!
Fri 4-Jan-2008 00:46
Posted by:WanZee  - [Link]
Before saya jadi 30 saya berazam nak main snow yg betol! Fri 4-Jan-2008 09:24
Posted by:Bimbo Baggins  - [Link]
wah syok nyer bleh pegang snow betui...
tp yg paling best tuh bile tgk kek tuh..menarik sungguh la..lapaq nih Kak Fazi
kak Fazi...bleh mintak kak baya resepi kek tuh?...terliur lar..
Tue 8-Jan-2008 17:39
Posted by:Ibu NF  - [Link]
View all 32 comments Add comment


Wednesday, 2-Jan-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kembara II - at the destination

bunga2 atas meja tuan rumah
Amir
Amir & Amin - main PSP sementara tunggu kami sampai
View all 34 photos...
After traveled for almost 15 hours, we arrived at Deen & Baya's house. Thanks to GPS, it made our trip a little bit easier. iPhone Zaid pun banyak membantu nak2 bila nak tahu berapa suhu kat tempat yang kami nak tuju nanti. It was one-nish in the morning. Their kids were still awake. Seronok nak jumpa kami kot sebab tak jumpa for almost 6 months after they moved from Georgia.

Masa on the way to kami nampak ada kesan2 snow kat bahu2 jalan. Mengikut kata derang, siangnya hujan, so semua senow yang ada dah kena cuci, cuma tinggal yang degil2 aja. Alamak, tak merasa snow ke kami nanti? . Tapi makin ke utara kami pergi, masih ada jugak lagi snow/ice kat jalan raya. Licin jugak. Sampai kat area perumahan derang, Deen dah standby tunggu kat selekoh sebab GPS tak boleh detect exactly kat mana rumah derang (kawasan baru so tak masuk dalam map GPS lagi). Nampk Deen so just follow his car to his house. Sampai aja Baya dah standby dengan camera D-40nya... flash sana flash sini rasa macam celebrity pulak .

Masuk aja dalam rumah terkejut beruk kami sebab banyak sangat makanan atas meja. Patutlah masa on the way tadi Baya asyik called aja tanya kat mana sebab dia takut dia tak sempat 'bersiap'. Rupanya dia main masak2. Terima kasihlah sebab kami memang lapar. Bekalan yang bawa, sampai setengah jalan dah sejuk dah. So lepas rehat kejap, makanlah kami bersama2 dengan tuan rumah. Lepas makan dan bila makanan dah digested semua, kami pun tidorlah.....




Kalau you all nampak ada kek atas meja tu, sebenarnya on the day kami sampai tu adalah hari jadi Baya.... so here it is again, Baya... "Happy Birthday, to you !!"

banyaknyeeeeeeeeeee makanan... lepas kebas montot 15 hours jurney, berbaloi ye... dihidangkan dgn makanan yang banyak itu.. hihihi.. Thu 3-Jan-2008 06:49
Posted by:Marcia..  - [Link]
kak fazi canteekk sungguh pic intro u. i suka bangat sih.. Mon 7-Jan-2008 02:38
Posted by:shafa  - [Link]
alomoks melatah kita sib baik tak jatuh. ya ampuns baguihnya tuan kemah nihhh penuh haa satu meja makan Fri 11-Jan-2008 03:39
Posted by:kuchai  - [Link]
View all 39 comments Add comment


Tuesday, 1-Jan-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kembara I - Perjalanan Bermula & Happy New Year 2008

was it I-24 West
or 57 North?
 
View all 10 photos...
we just came back from our vacation. we had a great time.
there are more than 1,000 photos taken.... for this entry, we will upload the photos during our trip to the destination. Photos of moon rise during sunset. It was kind of hard to capture the object while the automobile was moving.




Anyway, would like to wish you all Happy New Year !!

aik I-57 - pi chicago ka. Wed 2-Jan-2008 15:17
Posted by:d/u/s/y/u/m  - [Link]
ish lawanya gambar.....
hepi new year kak fazi n family
Thu 3-Jan-2008 23:09
Posted by:Shida&Kherold  - [Link]
wah sure best tuh nak jenjalan kak Fazi...jgn lupa beli ole-ole ekk... Tue 8-Jan-2008 17:24
Posted by:Ibu NF  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Friday, 28-Dec-2007 00:00 Email | Share | | Bookmark
Sweet 16

 
 
 
View all 60 photos...
Happy Birthday, Ezra



happy bday Ezra..!!!!cutenya bday card diaaaa..!!!! Wed 2-Jan-2008 11:53
Posted by:mama ca mierafaziera@yahoo.com  - [Link]
Happy Birthday Ezra! Wed 2-Jan-2008 15:20
Posted by:d/u/s/y/u/m  - [Link]
Happy belated birthday to Ezra..menarik nya kek slice tu ada bermacam jenis....
terliur sekali cekelat tuh...banyak sungguh...meriah2
Tue 8-Jan-2008 17:15
Posted by:Ibu NF  - [Link]
View all 25 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.