(¯`·._©~F&Z Digital Eyes~®_.·´¯)

By: FAZIZAID

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Friday, 25-Jan-2008 03:25 Email | Share | | Bookmark
!! Snow in Atlanta !!

masa snow mula2 turun
lebat jugak
posing kat keter japs :)
View all 23 photos...
WHAT?

Huru hara jadinya bandar Atlanta bila salji melanda Sabtu lepas. Lepas satu satu kedengaran ada accident kat jalan raya. Kami yang baru merasa snow ni taklah teruja sangat nak gi main snow. Lagi pulak snow dia tak stay lama sangat kat tanah (kat rumput lama jugak). Malas nak keluar.



Tapi sebab Dani & Ezra tidur kat rumah kawan dia malam tu, so kenalah keluar jugak pergi ambik derang. Lepas tu kawan Ezra datang rumah, ajak gi main sled. Nak sled dengan apa? Derang ambik kotak besar . Sekali pakai dah hancur. Last2 derang buat snowman yang besar. Habis semua snow kat padang tu derang kumpul jadi snow




Saturday, 19-Jan-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kembara XVIII - Berangkat Pulang

baya dengan putu kacang..
sarapan pagi
makan... jgn tak makan
View all 12 photos...
Sebenarnya banyak lagi gambar2 yang kami ambik masa duduk sini sebelum kami bertolak pulang ke Atlanta. Tapi malaslah nak upload. Biarlah ianya menjadi kenangan kami2 saja . Pada pagi hari nak berangkat tu, Baya macam biasalah kelentung kelentang kat dapur masak. Dia siap buat putu kacang lagi nak buat bekal untuk kami. Bukan itu saja, siap sediakan lunch ngan dinner sekali. Terima kasih daun keladi ya Baya. Budi mu tak akan ku lupa.

Masa Zaid start van tu, enjin tak mahu hidup. Bateri dah kong. Nasib baiklah dah jeket tebal sebelum snow (payung sebelum hujanlah tu). Masa kami pergi Rocky Mountain dulu, kami pernah alami nasib yang sama, dimana kalau suhu sejuk sangat, bateri akan cepat kong. So this time Zaid dah standby dengan battery recharger dah. Malam sebelum bertolak dah recharge dah. Tapi tak expectlah pagi tu pulak beteri kong. Ingatkan manalah tahu masa berhenti kat mana2 hutan, beteri kong bolehlah hidupkan enjin guna recharger tu..... Dalam hati, ni nak kena stay lama lagi ke? So lambat jugaklah kami bertolak pulang hati tu.

Masa nak naik van, air mata mula mengalir. Rasa sedih pulak. Tak apalah, nanti kita jumpa lagi. Kalau kami tak ke sana, you all datanglah melawat kami kat Georgia pulak, OK?

Dah bertolak balik, dia orang siap follow van kami sampailah ke persimpangan nak menuju Chicago.

Thank You very much Deen, Baya, Amin, Aina & Amir (Zaid punya BFF)




Sampai sempadan Georgia, masa tu dah dekat pukul 12 malam dah. Foggy sangat masa tu. Tak nampak jalan langsung. Boleh bawak 45mph jer. Ishh kalau macam ni 3 jam lagi lah sampai rumah. Ingatkan kejap aja foggy tu... rupanya sampai rumah, foggy tak hilang2... bebudak ni mulalah dengan imaginasi masing2.... zombie kat depan lah... pontianak lah.. eeeee memacam... Tapi syukurlah, sampai jugak kami kat rumah dengan selamat......



Thursday, 17-Jan-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kembara XVII - Kesian Kat Member

senyum
 
 
View all 9 photos...
The next morning, bangun pagi Zaid tengok keter dia penuh dengan snow.
Yang kelakarnya, member bukan main seronok lagi masa mula2 nak buang snow tu dari atas keter. Senyum dan siap posing lagi. Maklumlah, ni lah first time dapat shovel snow . Lama2 muka member makin serious. Apa tak nya, bila dia pergi belah sana, belah sini yang dia dah bersihkan tu ada snow balik kih kih kih ... Alar... ala kadar jerlah Bang oii.. asalkan boleh nampak masa drive karang




Wednesday, 16-Jan-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kembara XVI - Mr. and Mrs. Snow

roll roll your snow
 
 
View all 21 photos...
Oleh kerana snow teramat banyak turun, next kami buat snowman pulak. Rasa tak sah kalau main2 dalam snow ni kalau tak buat snow angel atau snowman kan?



Cara nak buat snowman dengan mudah ialah dengan menggolekkan snow ke satu arah. Tahu snow effect, kan? Makin lama makin besar. Kalau nak punggah sikit2 memang ambik masa yang lama (ni belajar dari Mat Saleh ni )


Tuesday, 15-Jan-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kembara XV - Sledding in the snow

masa nak gi sana, pekerja tengah bersihkan jalan dari snow
Keter Baya kat depan
Garmin kata, Turn Left
View all 54 photos...
Teringat lagi masa on the road from Georgia to Wisconsin hari tu, kami suami isteri dok berbincang dalam keter, kalau sampai sana nanti, dok sana nanti, kalau tak dapat snow tak payahlah rasa apa2.... tujuan utama nak jumpa Baya & Deen dan bebudak tu. Kalau dapat rasa fresh snow, kira bonus lah tu Even dah masuk Illinois (Chicago area) pun, rupa snow tak nampak pun. Anak2 dah bising dah.... mana snow.. mana snow

So kiranya hari ni ibarat pucuk di cita, ulam yang datang. Dapat snow dan bebudak lagilah riang-ria macam di Hari Raya, dapat main sledding dalam fresh snow lagi.

Kiranya hari ni dalam sejarahlah jugak. Atas dorongan suami, anak2 dan Baya, I kuatkan hati, join depa semua main sledding. Masa mula2 naik menda alah tu, tuhan aja yang tahu. Pegang tempat pemegang tu bukan main kuat lagi macam nak tercabut handle tu. Kaki pulak bukan main kuat lagi tahan kat tanah. Padahal kalau dok tahan macam tu, manalah sledding tu nak gerak. Lepas kaki sikit2... sikit2.. lahan2 .. so benda tu pun geraklah lahan2 jugak... Rasanya OK kot... so terus lepaskan kaki dan bersdesyum benda tu meluncur ke bawah....



Maka mulalah dup dap dup dap jantung laju. berselawat dan baca itu ini bagai. Bila sampai bawah... hmm not bad Seronok pulak jadinya...So buatlah dua 3 kali lagi....

Yang bebudak ni, bila dah boring menlucur macam tu aja, mulalah create bump lah, buat loronglah... lawan sapa jauhlah. Memacamlah idea derang ni bila dah boring dengan sesuatu permainan


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net