(¯`·._©~F&Z Digital Eyes~®_.·´¯)

By: FAZIZAID

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Monday, 14-Jan-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kembara XIV - SNOW !!!!!!!!

I (guna camera iPhone)
I ngan hubby (pun iPhone)
Ezra (iPhone)
View all 211 photos...
Warning !! Entry kali ini mengandungi 210 keping gambar !!

Hari ni kami amat seronok yang sangat. Apa taknya, setelah menanti begitu lama akhirnya salji pun turun dengan maha lebatnya . Makan pagi pun alar kadarnya sebab nak gi posing2 dalam snow, masa snow turun. Manalah tahu tengah makan tu, snow berhentikan. Padahal ramalan cuaca dah kata snow akan turun sepanjang hari.

Memula I ngan Zaid ngan Ezra turun dulu. Dah posing lebih kurang, naik rumah, tunjuk gambar kat Baya. Dia melompat geram sebab dia tak ready lagi. Cepat2 dia suruh Deen dan anak2 nya bersiap sedia pakai tebal2 sebab nak posing dalam snow jugak. So posing sakan lah kami dua keluarga hari tu. Kejap2 naik rumah sebab nak lap kemra sebab basah. Lepas tu turun balik.



Enjoy sungguh. Bila tengok gambar ni balik, rasa macam duduk dalam globe kaca yang bila you goncang2 tu snow dia bergerak, kan?




Maaflah Baya dan Deen, habis rumah you all basah !! Washing machine ngan drier pun tekun bekerja 24 jam


Sunday, 13-Jan-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kembara XIII - Sick Day

ada snow atas keter
bestnya
tapi sikit sangat, tak leh buat snowman
View all 7 photos...
Alahai... ni yang paling tak gemar bila berjalan.
Ijat ngadu sakit telinga. Rupanya dia dah sakit lama dah tapi dia tahan. Kantanya, masa nak pakai kasut sakit sangat telinga dia (bila tunduklah tu). So bawak dia gi klinik.

Pagi tu bila gi keter tengok ada snow atas keter? Snow ke malam tadi? Alar... rugi




Saturday, 12-Jan-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kembara XII - Guitar Hero Day

Ijat
XbOX 360 Elite
Test Main Halo 3
View all 9 photos...
Hari ni kami tak gi jalan memana. Anak2 kami pun dah mengadu sakit bontot dan badan (asyik jatuh jer). Paginya I, Zaid, Baya dan Amir gi Mall sebab nak kejar Macy's ngan Victoria Secret's sales. Macy nak beli towel sebab murah2... yang tebal2 tu harga dia lima dollar jer. VS pulak, paham2lah nak beli apa, kan? Tapi bila sampai VS, tak banyak yang tinggal. Kalau nak jugak kena order on-line.

Yang kelakarnya masa gi tu, dah set dah GPS mana hala Mall tu, tapi bila dah separuh jalan, macam dia suruh gi Chicago pulak. Terus keluar exit, called Deen tanya kat mana . So jangan percaya sangat GPS ni, kekadang dia pening sikit



Petangnya pulak, bebudak cakap dah boring dok rumah. So gi lah bawak derang pi Best Buy, beli game guitar hero ngan Halo 3, biaq derang main puas2 kat X-Box tuh. Paknya pun boleh tahanlah.. tapi asyik kalah jer dengan bebudak.


Friday, 11-Jan-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kembara XI - Lake Monona

pemandangan capitol building dari Lake Monona
 
 
View all 24 photos...
Ni tempat yang terakhir yang kami singgah di Madison. Lake Monona. Masa ni dah senja dah so kami ambil kesempatan rakam gambar sunset Ambik gambar sunset ni pakai E-300



Peristiwa yang tak dapat dilupakan kat sini ialah. I terjatuh berdebuk masa nak pergi kat atas tasik beku tu. Abang I dah jauh ke depan dah. Kami lupa nak main pimpin2 tangan masa tu. Nasib baik Baya ada dekat so boleh lah dia selamatkan I . Tak lama lepas tu, Deen pulak jatuh.. so tak adalah I rasa malu sangat sebab ada orang lain yang jatuh jugak . Tapi apa yang Deen cuba selamatkan dulu ialah kemra D40nya. Biar badan sakit, jangan D40 yang sakit



Seriau jugak meniti tasik beku ni. Manalah tahu, kan? Tapi tengok ramai orang dok main2 kat tengah tasik tu. Ada yang buat lubang, nak pancing ikan. Masa nak balik, singgah kedai grocery Asian. Bukan nak membeli, tapi nak membeser. Dah sibuk dah kat situ orang ramainya. Rupanya snow storm nak mai... so masing2 nak stock-up barang2 runcit. Dalam hati kami... eeee sronoknya. Dapatkah kami merasa snow nanti?

On the way back, Zaid dah set-up GPS dia ke rumah Baya. Manalah tahu kot2 berpisah masa on the way back tu. Memang sahlah derang menuju tempat lain (lupa nak gi mana masa tu), kami ke tempat lain. Siap phone kata aku nampak keter ko kat depan, derang pun cakap nampak keter kami kat belakang. Bila confirm tanya ni kat traffic light, kan? Deen jawab... traffic light mana pulak? Kami masih kat hi-way . So kami dah silap masuk exit ke rumah derang, derang masih nak bawak kami jalan2 lagi. Tapi tak gi mana dah lepas tu. Rasanya dah puas dah jalan2 hari ni

BTW, Hari ini adalah Hari Jadi anak kami yg bongsu, Aizad. Happy 10th birthday, Aizad
Pak dia belikan dia X-Box 360 Elite, syoklah member.....


Thursday, 10-Jan-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kembara X - Swans

 
 
 
View all 6 photos...
rasanya swans. tak tahu sejuk ke menatang ni?



Tapi kat bandar Madison ni (macam kat bandar2 lain jugaklah), ramai betul homeless people. Kekadang rasa kesian jugak tengok derang ni nak2 bila waktu winter macam nih


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net